Archive for March, 2017

LAPORAN AKTIVITI KELAB INTERACT TAHUN 2016

 

Tarikh     : Setiap hari Sabtu

Masa       : 8.00 pagi -10.00 pagi

Tempat   : Blok A

Bilangan Ahli : 139 orang

 

Objektif :

  1. Memupuk minat ahli-ahli terhadap kerja perkhidmatan.
  2. Mendedahkan para ahli secara lebih dekat terhadap “service above ourself”.
  3. Memupuk nilai kasih sayang di kalangan para ahli melalui aktiviti kelab yang dijalankan.

Kandungan :

Kelab Interact telah menjalankan aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang tahun 2016. Semua aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan lancar kerjasama daripada pihak sekolah, ahli-ahli persatuan serta bantuan Rotarian Mr.Achim serta Penang Rotary Club.

 

Pada keseluruhannya, kebanyakan aktiviti Kelab Interact adalah mengenai kerja perkhidmatan. Kerja rutin setiap hari Sabtu termasuk membersihkan mesin water dispenser dan water cooler, membersihakan kawasan kantin, bilik guru dan kawasan depan dewan kuliah dan kerja pengagihan surat khabar Star, mengurusan mesin pemprosesan.

 

Kerja Amal Lawatan ke rumah orang tua dan uzur telah berjaya diadakan pada 20 Februari. Aktiviti ini adalah melibatkan 231 orang pelajar. Aktiviti ini adalah rjasama dengan pihak PIBG dan semua warga sekolah. Program yang dijalankan pada hari tersebut termasuk badan pertunjukkan sekolah mengadakan persembahan dan pihak pentadbir mewakili warga sekolah bersama ahli PIBG memberi derma kepada pihak rumah orang tua dan juga memberi “Ang Pao” kepada semua orang tua yang tinggal di rumah orang berkenaan. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan kelab dan sekolah adalah bertujuan untuk memupuk nilai kasih sayang di kalangan pelajar,

 

Projek “Car Wash” telah berjaya dilaksanakan pada 28 Mei 2016. Projek ini bertujuan untuk Mengumpul dana untuk menbantu masyarakat yang memerlukan bantuan dan memberi bantan kepada sekolah di bidang ICT.

Aktiviti-aktiviti Kelab Interact Tahun 2016 :

 

  1. Tajuk : Hari Orientasi

Tarikh : 23 Januari 2016

Tempat: Sekolah

2.Tajuk : Aktiviti Biasa

Tarikh: Setiap hari Sabtu

Tempat: Sekolah

3.Tajuk: Aktiviti Menguruskan Mesin Pemprosesan

Tarikh: Hari Selepas Sekolah

Tempat: Kantin Tempat Letak Mesin

(Jadual Tugas)

4.Tajuk: Aktiviti Kerja Membersihkan Mesin Water Dispenser dan Water Cooler

Tarikh: Hari Sabtu dan Hari selepas sekolah

Tempat: Tempat Letak Mesin

(Jadual Tugas)

5.Tajuk: Aktiviti Kerja Membersihkan Kawasan Sekolah

Tarikh: Hari Sabtu

Tempat: Kantin, Bilik Guru dan Kawasan Depan Dewan Kuliah

6.Tajuk: Aktiviti Kerja Pengagihan Surat Khabar

Tarikh: Hari Sabtu dan Hari selepas sekolah

Tempat: Foyer Sekolah

7.Tajuk: Projek “ Car Wash “

Tarikh: 28 Mei 2016

Tempat: Bubble Car Wash Centre, Jalan Majlis Negeri

8.Tajuk: Konsert Sekolah

Tarikh: 24 & 25 Jun 2016

Tempat: Dewan Sri Pinang

  1. Tajuk: Installation and International Understanding Day 2016

Tarikh: 30 Jullai 2016

Tempat: LT1 Bangunan Wawasan

Penambahbaikan :

  1. Adakan lebih banyak aktiviti kerja amal.
  2. Adakan aktiviti lawatan sambil belajar.

Disediakan oleh,                                                   Disahkan oleh,

 

…………………………                                                 …………………………

Pn. Ooi Hon Bu

Ketua Guru Penasihat

Kelab Interact

SMJK Heng Ee

 

 

No Comments »